Tuesday, April 7, 2009

PEMBERITAHUAN DARI SYARIKAT:

Tarikh (Notis ini diperolehi): 25hb Mei 2009


Waktu Operasi Pejabat:


Masa Urusan Pejabat: 9.00 pagi hingga 9.00 malam


Pejabat tutup pada Hari Cuti Am


Tarikh Akhir Penyerahan Borang Permohonan adalah setiap 5hb.


PERTUKARAN BAUCER / VOUCHER



Baucer bernilai RM100 ke bawah hanya boleh ditukarkan dengan barangan IKS yang dijual oleh Syarikat ini sahaja (ini adalah keputusan yang telah dipersetujui oleh Group Leader dalam mesyuarat)


Baucer bernilai RM100 ke atas terbuka kepada Promoter atau Group Leader yang ingin membuat pertukaran dengan barangan bernilai tinggi seperti emas, motosikal dan banyak lagi barang2 lain (tertakluk kepada permintaan dan kelayakan) dengan membuat surat permohonan beserta salinan kad pengenalan terlebih dahulu kepada syarikat.


PENDAFTARAN


Sila gunakan borang 3 lapisan (3 ply) yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendaftar sebagai Promoter/Group Leader. Syarikat tidak akan melayan borang lain selain borang 3 lapisan keluaran syarikat selepas 60 hari dari tarikh notis ini (25/5/09).


Sila pastikan anda mendapat cop pengesahan rasmi syarikat sewaktu penyerahan borang di kaunter bagi memudahkan semakan.


PERINGATAN


Jangan membuat pembayaran kepada mana2 pihak yang meminta anda mengisi borang tanpa memberikan produk kepada anda. Sukacita diperingatkan bahawa syarikat tidak menerima pelabur, sebaliknya cuma pembeli sama ada dalam kuantiti yang besar mahupun yang kecil.


UCAPAN


Pihak IT memohon maaf di atas kelewatan penghantaran insentif pada bulan ini berikutan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan (sedang kemaskini rekod untuk upgrade sistem).


Sekian, terima kasih.
(dipetik daripada) WARIZAN AL-HELMY


TAMBAHAN:
  1. Syarikat tidak lagi menerima pembayaran belian produk dengan menggunakan cek kerana terdapat kes penipuan terhadap syarikat dengan pendaftaran Group Leader & Promoter menggunakan cek tendang/palsu!
  2. Bonus bagi 6/4 hingga 5/5 telah mula dibayar pada 16/6/09. Kepada sesiapa yang ingin mengambil secara tunai, bolehlah hadir ke pejabat pada 16/6/09 hinggalah 20/6/09. Setelah itu pengambilan bonus secara tunai di pejabat tidak dibolehkan lagi. Semua yang selebihnya akan diposkan ke alamat ahli seperti di dalam borang pendaftaran bermula 21/6/09 (mula hari bekerja).
  3. Harap maklum bahawa pada permulaan bisnes, tempoh untuk mendapat bonus ada yang akan memakan masa sehingga 2 bulan. Selepas itu barulah mula mendapat sebulan sekali kerana borang yang dihantar ke syarikat dari 6hb hingga 5hb yang berikutnya hanya akan mula dikey-in selepas 6hb yang berikutnya itu. Jadi, harap disampaikan kepada setiap ahli bagi mengelakkan ahli yang mengharap sangat bonus RM2 itu selepas sebulan sahaja dia mendaftar. HARAP FAHAM KENYATAAN INI, JANGAN BERLAKU SEBARANG PERSELISIHAN FAHAM LAGI SELEPAS INI. Tak tahu, sila bertanya kepada upline, jika upline tak beritahu, marah dia, jangan marah syarikat sahaja.
  4. Pengumuman terbaharu: Bermula 1hb Julai 2009, setiap ahli yang ingin menukarkan baucer (15%) kepada aset seperti emas, motosikal, barangan elektrik (TV dan sebagainya), kereta dan rumah, selain daripada mestilah mencapai had kelayakan iaitu bonus baucer melebihi RM100 (dikira mengikut kelayakan selama baki bulanan anda yang tinggal sehingga 24bulan itu), pastikanlah anda sudah berjaya memenuhi kehendak Jabatan Pembangunan Insan iaitu memperkenalkan 40 orang promoter sambilan (bukan pengguna bestari). Sesiapa yang belum cukuo 40 ahli promoter di bawahnya, hanya layak menukar barangan IKS sahaja.

TERIMA KASIH



Penafian (disclaimer) : Laman web ini adalah hak milik persendirian dan bukannya website rasmi syarikat Warizan Al Helmy Sdn Bhd (WAHSB) www.warizan.com . Ia hanya bertujuan sebagai tempat rujukan untuk ahli-ahli di dalam WAHSB yang telah berdaftar dengan admin ataupun rangkaian di bawah admin website ini sahaja. Sebarang maklumbalas, sila hubungi admin website seperti yang tertera.

No comments:

Post a Comment