Tuesday, April 7, 2009

BAJET KECIL, UNTUNG BESAR, GUNA SENDIRI PUN DAPAT DUIT!

Kini, wujud suatu cara baru yang kelihatan pelik dan belum pernah dibuat oleh mana-mana syarikat ataupun negara lain...namun, inilah hakikatnya!

Jom! Selesaikan hutang anda sambil membuat wang secara santai-santai saja!! Tiada jualan, hanya guna sendiri 2 produk hebat yang bebas bahan kimia & tiada kesan sampingan dan dapatkan wang setiap bulan!!! Ya! Semudah itu sahaja!

CALL/SMS NOW! Hubungi Nombor H/P Wakil Berdekatan Anda @ sesiapa yang perkenalkan Blog ini kepada anda :) (Nama & No HP kat sebelah kanan tu..)

GUNA SENDIRI PUN DAPAT DUIT TIAP-TIAP BULAN?

InsyaALlah...bersama Warizan Al Helmy Sdn Bhd (845525-A) atau sebelum ini dikenali sebagai Al Helmy Resources (SA 0099289-P), ianya berlaku!

Sertai perniagaan WARIZAN AL HELMY SDN BHD sekarang!! Dengan menjadi promoter atau sekadar menjadi pengguna berdaftar untuk produk kami, kami bayar bonus kepada anda tiap-tiap bulan.

Dalam keadaan kemelut ekonomi yang gawat melanda negara dan ramai orang kehilangan pekerjaan & punca pendapatan/rezeki; kami menawarkan peluang mendapatkan pendapatan lumayan samaada secara separuh masa (part-time) ataupun sepenuh masa (full-time).

Baru 6 bulan di pasaran; tetapi sudah ramai yang mendapat income 4 ~ 5 angka sebulan, malah ada juga yang telah mendapat Mercedes S280 (geran nama sendiri) dari kami. Anda pun boleh mendapat pendapatan hebat seperti mereka.




Bedak Berkhasiat Zanita (RM15) & pil Homeopati 'IQ' Geniuskan Dirimu (RM25) = RM40.00

Dengan pembelian 2 produk di atas, anda akan mendapat harga istimewa (hanya RM38 sahaja) dan anda juga BERHAK MENDAPAT BONUS SYARIKAT BERNILAI RM2.00 SETIAP BULAN, untuk selama 24 BULAN (2 tahun) iaitu berjumlah RM48.00

Itu baru guna sendiri pun dapat duit! Memang tak perlu menjual, tak perlu menaja, cuma guna sendiri & jika nak, perkenalkannya kepada sesiapa sahaja... begitu mudah! guna sendiri, perkenalkan... bukan menaja. Tiada 1 sen pun yuran pendaftaran dikenakan, jadi pengguna berdaftar pun akan dibayar bonus setiap bulan selama 2 tahun! Buat sekali aje, dapat 24 kali.

Sekiranya anda memperkenalkan kepada keluarga, saudara & kenalan anda pula, anda juga layak mendapat RM2 untuk 1 set yang mereka beli.

Jika anda memperkenalkan kepada 10 orang rakan yang akan menggunakan 1 set setiap seorang (maka jumlah semua 10 set) - anda layak mendapat sebanyak RM20 (RM2 x 10 set) di Level Pertama (1).

Sekiranya rakan anda yang membeli kesemua 10 set di Level 1 anda itu pula memperkenalkan kepada 10 orang kenalan mereka & kesemua di Level ke-2 anda ada 100 set, maka anda berhak mendapat RM200 (RM2 x 100).

Katakanlah mereka yang di Level 2 pula memperkenalkan peluang ini kepada10 orang pula kenalan mereka dan berjaya memperkenalkan sebanyak 1000 set pengguna berdaftar di Level ke-3 anda, maka anda berhak untuk mendapat RM2000 di Level ke-3 anda!

Dicampurkan semuanya, anda berhak memperolehi RM2 (belian sendiri) + RM20 (Level pertama) + RM200 (Level ke-2) + RM2,000 (Level ke-3) = Jumlah keseluruhannya RM2,222.00 pada bulan tersebut... DAN JUGA BULAN-BULAN BERIKUTNYA SEHINGGA 24 BULAN!!!

Bagus atau tidak pelan pendapatan seperti ini? Anda nilaikan sendiri...

DUA PRODUK KEPERLUAN YANG HEBAT DALAM SATU SET

Produk 1: IQ - Geniuskan dirimu!


Ketangkasan akal dan kecergasan diri dapat ditingkatkan dengan adanya minda yang sihat. Oleh itu, ‘IQ’ telah dicipta untuk merawat masalah tindak balas IQ yang lemah secara klinikal. Dengan menggunakan rumusan homeopathy, ternyata produk ini secara langsungnya hanya berunsurkan semulajadi. Antara fungsi-fungsi IQ adalah;
- mengekalkan sistem imum badan
- menguatkan daya ingatan
- meningkatkan kesabaran
- mencegah darah gemuruh
- mencegah jangkitan kuman
- mencegah jangkitan wabak
- menambahkan keceriaan
- membantu system penghadaman

Jadi, ‘IQ’ adalah suatu penawar yang hebat untuk membantu anda.
Kuasai minda anda secara sihat tanpa memikirkan kesan sampingan…

Harga: RM 25.00 (60 Biji)

Produk 2: Bedak Penawar Resdung Zanita


Anda mempunyai masalah kulit?

Pastinya ia seperti satu trauma yang mengganggu. Untuk mengatasinya, ada yang sanggup menghabiskan hingga ratusan ringgit. Mengapa tidak diuji dahulu keberkesanan Bedak Berkhasiat Zanita? Keneutralannya terbukti. Dengan harga yang berpatutan. Bukanlah masalah untuk memilikinya.

Dato’ H/Dr. Zawari Abdul Aziz M.D(Hom.) merupakan seorang pengamal perubatan Homeopati dan Penyelidik khasiat tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Sewaktu menjalankan penyelidikannya beliau telah menemui formula dengan menggandingkan Plasters of Paris(P.O.P) bersama Calc, Sulph serta air tanpa klorin mampu menolong ramai orang yang menghadapi masalah kulit.

Bedak Berkhasiat Zanita diadun melalui kaedah seni penyembuhan cara Homeopathy dan dicipta oleh Dato’ H/Dr. Zawari Abdul Aziz M.D (Hom) dan telah terbukti memberi kepuasan dan keberkesanan kepada pengguna serta tidak membawa kesan sampingan bagi penggunaan jangka pendek mahupun bagi jangka panjang.

Antara fungsi-fungsi Bedak Berkhasiat Zanita:
- menghapuskan jerawat
- menghaluskan kulit
- menghilangkan penyakit kulit
- merawat bisul, kayap dan gatal-gatal
- memulihkan resdung


Harga: RM 15.00

Nota tambahan (Jun 2009) -  saya sertakan petikan artikel seperti di bawah:-

Produk homeopati bukan sahaja berbeza daripada produk alopati, tetapi juga daripada produk tradisional. Baik ianya teh Manjakani, kapsul Manjakani, Manjakani Plus, Perampina, Pelangsina, Tongkat Ali, pil ikan haruan, Awal Gamat, jeli Gamat, minyak Gamat, jus Mengkudu, Kacip Fatimah, teh Halia, halia Madu, Garlic, pil bawang putih, ikan linang, teh hijau, susu kambing, maupun pelbagai ubat yang diproses secara tradisional baik sebagai ubat ataupun sebagai pemakanan kesihatan.

Homeopati berbeza daripada kesemua itu, baik ianya hi-q, kismis, madu dan sebagainya dari segi cara ianya disediakan atau diproses bermula dari bahan mentah sehingga kepada peringkat ianya dipotentaiskan. Sekiranya ia diproses secara tradisional atau digunakan secara tradisional, tidak semestinya ia merupakan produk homeopati. Produk homeopati harus berbeza, dinyatakan berbeza, dilabelkan berbeza, diklasifikasikan berbeza serta dipreskripsikan mengikut kaedahnya yang tersendiri.

Justeru petikan berita yang disiarkan oleh Pusat Racun Negara, USM di dalam internet itu adalah bertepatan dan harus disokong serta dipraktikkan di dalam perundangan Malaysia.

Petikan dari berita tersebut berbunyi begini:

Ubat homeopati tiada kesan sampingan
Berita Harian, Sabtu - 20 Februari 1999

Kuala Lumpur (Malaysia)- Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.



PERNIAGAAN ALAF BARU

Mencipta Kelainan & Idea Baru Memasarkan Produk

Kami bantu anda untuk mendapatkan banyak wang dan sebahagian dari wang itu anda beli produk perniagaan kami. Dengan bermodalkan RM 38.00 anda beli produk yang bernilai RM 40.00 dan jika diguna sendiri anda akan merasai kehebatannya, manakala jika anda menjualnya kepada orang lain anda akan mendapat keuntungan runcit serendah RM 2.00


Dimana Uniknya? Dimana Inovatifnya? Dan Dimana Pula Efisyennya?

  1. Dengan pembelian tersebut anda akan mendapat Insentif Pengguna sebanyak RM 2.00 setiap bulan selama 24 bulan hanya dengan menjadi PENGGUNA BERDAFTAR.

  2. Tiada wang pendaftaran / pengurusan / bayaran keahlian walaupun RM 1.00 dikenakan.

  3. Anda dibayar komisyen sebanyak RM 2.00 lagi setiap bulan selama dalam tempoh kontrak anda (24 bulan) seberapa ramai orang lain yang anda perkenalkan cara perniagaan kami yang hebat ini.

  4. Jika kontrak anda hampir tamat, anda boleh menyambung semula dan pendapatan anda akan terus bertambah.

  5. Pengguna yang berdaftar di iktiraf sebagai PROMOTER SAMBILAN dan berpeluang mendapat pendapatan dari RM 2.00 sehingga ribuan ringgit setiap bulan dan 15% dari pendapatan tersebut akan anda sumbangkan kembali kepada syarikat kami melalui pembelian produk keluaran dan edaran syarikat.

  6. Tidak wajib menjual hanya guna sendiri, tidak perlu menaja, hanya perkenalkan sahaja.

Tiada yang akan percaya cara ini boleh membawa kejayaan kecuali mereka membuka seluas-luasnya pintu dan tingkap mindanya, membersihkan hati dan perasaannya…

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: Ali Utusan 019-3555871

BERMULA RM38, JADI RM10,000 SETIAP BULAN?










Klik untuk besarkan imej di atas (lihat bagaimana RM2 menjadi sehingga RM9000)


Sila klik untuk besarkan imej-imej tersebut di atas.

Jika anda mahu lihat contoh yang sebenarnya testimoni bonus, lihat kembali gambar-gambar yang berwarna hitam putih yang ditunjukkan di atas (sebelum gambar kuning ini). Pendapatan Cikgu Aziz dari Rawang adalah seperti berikut:-
  • Bulan November 2008 join, dapat RM2 bonus (darab 24 bulan tu!),
  • Bonus kedua bulan Diseember 2008, dapat RM620 (kalau tak buat apa pun dah dapat setiap bulan tu).
  • Bulan Januari 2009, bonus melebihi RM7000 (wow!)
  • Bulan Februari 2009, bonus mencecah lebih RM9000 (waduh...!)
  • terbaru, Mac 2009, bonus melebihi RM14,000!!!
  • Tak percaya? Klik gambar-gambar yang tak cantik kat atas tu (hitam putih) untuk besarkan imej dan lihat sendiri...
  • Masih tak yakin? Dah ramai yang dapat kereta mercedes benz, motosikal, barangan emas 916 dan banyak lagi (termasuk pakej umrah yang sedang diusahakan) dengan menukarkan baucer 15% mereka sahaja! (duit bonus sebelum potongan 15% untuk belian barangan syarikat itu masih diperolehi tiap-tiap bulan)
  • Semua itu hanya dari 15% dari bonus bulanan (apabila melebihi RM11, lihat contoh penyata bonus Al Helmy Resources pada bulan Dis'08, Jan'09 & WAHSB pada bulan Feb'09) yang beri dalam bentuk baucer dan boleh ditukarkan dengan barangan dari anak syarikat Warizan Al Helmy Sdn Bhd.

TESTIMONI MEDIA MASSA, ROADSHOW & PERTUKARAN VOUCHER HADIAH


Keratan dalam Majalah POTENSI edisi 10 :





Pengguna Berdaftar yang menukar voucher 15% mereka:



Team Warizan Al Helmy Sdn Bhd (kelihatan Azza Elite, anak kepada Dr. Zawari)
Cikgu Aziz (dalam testimoni penyata di atas tu) berdiri di antara Dr Zawari & Azza.


Roadshow WAHSB yang meriah!



Pendaftaran promoter & pengguna bestari



ABBY pun turut serta mempromosikan WAHSB!



Banner yang digunakan di Roadshow WAHSB




TERUJA UNTUK SAMA-SAMA BERJAYA DLM BIZ MELETOP INI?


Borang Online (sementara) - KLIK di borang (besarkan), Cetak, Isi & Hantar
Borang asal 50 copies/set (3 ply) boleh diperolehi di HQ @ Group Leader dengan harga RM12 per set.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, hubungi saya Ali Utusan di talian 019-3555871 ataupun nama-nama yang disenaraikan di sebelah kanan atas blog ini ataupun kepada rakan yang mempromosikan blog ini kepada anda :)

Apa yang perlu anda sediakan?

  • RM38 untuk 1 set produk (pil IQ minda & bedak resdung).
  • Jika anda dapat berjumpa saya terus, kosnya hanyalah harga produk sahaja.
  • Jika anda jauh, sila maklum harga kurier iaitu RM6 (untuk 1-3 set), RM12 (untuk 4-6 set), RM18 (untuk 7-9 set) dan PERCUMA jika tempahan adalah 10 set ke atas. 10 set ke atas itu boleh dibuat atas beberapa nama (sila lampirkan senarai maklumat).
  • Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan akaun Maybank & CIMB
  • Maybank: Mohd Ali Manan 1551-0800-6076
  • CIMB: Mohd Ali Manan 0508-0000931-20-5

Berikan nama, IC, alamat & no telefon anda untuk dihubungi.

Sekian, terima kasih.. Sila hubungi 019 - 3555 871 untuk sebarang maklumat lanjut terhadap blog ini.

Setelah mengesahkan penyertaan anda ke dalam Warizan Al Helmy Sdn Bhd melalui saya, anda akan memperolehi presentation "hardcopy" (risalah yang telah dicetak) untuk membantu anda memahami & juga menjelaskan kepada sesiapa yang berminat, anda juga akan diberikan contoh flyers (kepada yang ingin menggunakan flyers untuk promosi), CD ROM (*stok terhad) dan juga dari masa ke semasa kita akan berhubung untuk berkongsi maklumat tentang tips-tips untuk mempromosikan perniagaan ini sehingga anda berjaya.

Walaubagaimanapun, kejayaan seseorang individu itu adalah bergantung kepada usaha yang dilakukannya. "He who gives more will get more".


PLAN A - Promoter & Pengguna Bestari Sepintas Lalu






PLAN B - Group Leader (a.k.a Mobile Stokist)

Disebabkan banyak permintaan kepada saya bagi menerangkan kelebihan yang terdapat di dalam Plan B (plan khas untuk Group Leader), maka di bawah ini sedikit sebanyak yang boleh maklumat yang boleh dikongsikan bersama:-
  • Untuk menjadi seorang Group Leader (GL), seseorang itu dimestikan menyertai Warizan Al Helmy Sdn Bhd sebagai seorang Promoter terlebih dahulu (kontrak 2 tahun).
  • Sementara hiraki susunan di Plan A (Promoter & Pengguna Bestari) adalah menngikut siapa yang mengenalkan ahli tersebut, di Plan B (GL) ini adalah mengikut siapa pengenal yang paling hampir di atas yang sudah menjadi GL. Maka, hanya GL yang boleh menaja GL.
  • Contohnya jika anda memperkenalkan A (Level 1), A pula memperkenalkan B (Level 2 anda) dan B memperkenalkan C (Level 3 anda), anda pula telah menjadi seorang GL yang boleh memperkenalkan GL, maka jika berlaku C ingin menjadi GL, maka anda & syarikat akan memberitahu A dan B bahawa C ingin menjadi GL. Jika A mahu menjadi GL maka dia perlu memohon untuk menjadi GL dan layak mendapat bonus sekiranya C masuk di bawahnya selepas itu.
  • Sekiranya B tadi tidak menjadi GL atas sebab-sebab yang tertentu, maka C akan menjadi GL di bawah A secara terus. A akan mendapat RM200 sebulan (sebagai bonus peribadinya sendiri sebagai GL) dan A juga akan menikmati tambahan RM200 sebulan dari C yang menjadi GL itu. Anda pula? Anda akan mendapat RM200 (GL sendiri), tambahan RM200 (dari GL A) dan RM200 (dari GL C) = RM600 sebulan selama 24 bulan.
  • Jika selepas itu barulah B menjadi GL, maka dia akan duduk secara terus di bawah A tadi dan menjadi "sideline" kepada C (bukan upline atau downline kepada C). Anda akan dapat tambahan RM200, A juga akan mendapat tambahan RM200 setiap bulan. C dan B hanya mendapat RM200 sebulan sebagai bonus GL diri mereka sendiri (selagi mereka belum memperkenalkan GL di bawah mereka) tetapi keistimewaan adalah sama kepada semua yang menyertai Plan B ini.

Syarat-syarat menjadi seorang Group Leader (GL):
  • Mesti membeli 100 set produk dengan nilai RM3,800 atas 1 nama anda sendiri.
  • Terima 100 set produk yang akan menjadi modal pusingan anda dalam perniagaan ini, maknanya apabila ada orang yang join diri anda atau sesiapa sahaja di Plan A, anda bolehlah bertindak sebagai stokis dengan menyerahkan produk setelah menerima M38 untuk setiap set yang dibeli oleh promoter atau pengguna bestari yang baru.
  • Jangan risau! Pendapatan anda di Plan A pun masih berjalan seperti biasa. Anda masih juga menikmati pendapatan RM2 setiap bulan untuk setiap set produk jika barangan itu adalah pembelian promoter atau pengguna bestari yang masih belum terputus level (Level 1-3 anda) dengan anda.
  • Tetapi sekiranya mereka telah terputus level dengan anda pun, anda masih juga menikmati bonus serta-merta iaitu untuk setiap set yang anda serahkan untuk pendaftaran di syarikat Warizan Al Helmy Sdn Bhd, anda akan diberikan diskaun RM2.50. Contohnya jika ada 100 set borang yang anda hantar, tak kiralah ahli itu terus di bawah anda ataupun sudah di bawah level 3 anda, anda masih memperolehi RM250 untuk 100 set tersebut.
  • Maknanya di sini, selain mendapat RM200 setiap bulan selama 24 kali sebagai GL, anda juga akan mudah memperolehi ahli di Plan A kerana anda mempunyai stok secara terus jika prospek berminat menyertai sebagai promoter & pengguna bestari. 
  • Jika ada yang berminat menjadi GL juga anda akan mendapat RM200 x 24bulan untuk setiap set GL yang ada di bawah anda. Contohnya jika ada 10 orang yang menjadi GL di bawah anda, pendapatan anda adalah RM2000 sebulan x 24 bulan di Plan B (GL) sahaja! Itu adalah sebanyak RM24,000 setahun ataupun RM48,000 untuk 24 bulan!!!
  • Selain itu, anda akan mendapat RM2.50 untuk setiap set yang dihantar kepada syarikat melalui anda!
  • Jika anda seorang GL, maknanya perjalanan bisnes anda ini adalah 100 kali ganda lebih laju dari seorang promoter yang hanya menyertai dengan 1 set produk RM38 sahaja. Anda juga mempunyai ketiga-tiga kelebihan iaitu boleh menaja di Plan A, boleh menaja di Plan B dan juga mendapat diskaun serta merta sebanyak RM2.50/set.
  • Jika anda masih di plan A, anda tidak boleh menaja GL, tetapi anda tetap dapat RM2 sebulan dari rangkaian anda yang menyertai plan B kerana mereka sememangnya adalah rangkaian anda di Plan A, bukan begitu?
  • Anda boleh menggunakan sahabat anda itu sebagai pusat untuk menghantar borang, menyerahkan wang kemasukan dan juga mendapatkan produk2 Warizan Al Helmy Sdn Bhd untuk diagihkan kepada rangkaian anda yang lain. Jadi, jangan tahan rangkaian anda jika ada antara mereka yang berminat untuk menjadi Group Leader @ Stokis @ menyertai Plan B ini. Ia akan bermanfaat kepada anda & juga ahli-ahli yang lain. 
  • Oh ye, seperkara lagi, produk anda tetap kekal sebanyak 100 set itu selepas anda menjadi GL kerana apabila anda menyerahkan borang pendaftaran kepada syarikat dengan nilai RM35.50 untuk 1 set, syarikat akan menyerahkan kepada anda kembali stok 1 set yang telah anda serahkan kepada ahli itu terlebih dahulu.
Sekian, itu sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini, sila rujuk blog ini dari masa ke semasa untuk info lanjut.

PEMBERITAHUAN DARI SYARIKAT:

Tarikh (Notis ini diperolehi): 25hb Mei 2009


Waktu Operasi Pejabat:


Masa Urusan Pejabat: 9.00 pagi hingga 9.00 malam


Pejabat tutup pada Hari Cuti Am


Tarikh Akhir Penyerahan Borang Permohonan adalah setiap 5hb.


PERTUKARAN BAUCER / VOUCHER



Baucer bernilai RM100 ke bawah hanya boleh ditukarkan dengan barangan IKS yang dijual oleh Syarikat ini sahaja (ini adalah keputusan yang telah dipersetujui oleh Group Leader dalam mesyuarat)


Baucer bernilai RM100 ke atas terbuka kepada Promoter atau Group Leader yang ingin membuat pertukaran dengan barangan bernilai tinggi seperti emas, motosikal dan banyak lagi barang2 lain (tertakluk kepada permintaan dan kelayakan) dengan membuat surat permohonan beserta salinan kad pengenalan terlebih dahulu kepada syarikat.


PENDAFTARAN


Sila gunakan borang 3 lapisan (3 ply) yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendaftar sebagai Promoter/Group Leader. Syarikat tidak akan melayan borang lain selain borang 3 lapisan keluaran syarikat selepas 60 hari dari tarikh notis ini (25/5/09).


Sila pastikan anda mendapat cop pengesahan rasmi syarikat sewaktu penyerahan borang di kaunter bagi memudahkan semakan.


PERINGATAN


Jangan membuat pembayaran kepada mana2 pihak yang meminta anda mengisi borang tanpa memberikan produk kepada anda. Sukacita diperingatkan bahawa syarikat tidak menerima pelabur, sebaliknya cuma pembeli sama ada dalam kuantiti yang besar mahupun yang kecil.


UCAPAN


Pihak IT memohon maaf di atas kelewatan penghantaran insentif pada bulan ini berikutan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan (sedang kemaskini rekod untuk upgrade sistem).


Sekian, terima kasih.
(dipetik daripada) WARIZAN AL-HELMY


TAMBAHAN:
  1. Syarikat tidak lagi menerima pembayaran belian produk dengan menggunakan cek kerana terdapat kes penipuan terhadap syarikat dengan pendaftaran Group Leader & Promoter menggunakan cek tendang/palsu!
  2. Bonus bagi 6/4 hingga 5/5 telah mula dibayar pada 16/6/09. Kepada sesiapa yang ingin mengambil secara tunai, bolehlah hadir ke pejabat pada 16/6/09 hinggalah 20/6/09. Setelah itu pengambilan bonus secara tunai di pejabat tidak dibolehkan lagi. Semua yang selebihnya akan diposkan ke alamat ahli seperti di dalam borang pendaftaran bermula 21/6/09 (mula hari bekerja).
  3. Harap maklum bahawa pada permulaan bisnes, tempoh untuk mendapat bonus ada yang akan memakan masa sehingga 2 bulan. Selepas itu barulah mula mendapat sebulan sekali kerana borang yang dihantar ke syarikat dari 6hb hingga 5hb yang berikutnya hanya akan mula dikey-in selepas 6hb yang berikutnya itu. Jadi, harap disampaikan kepada setiap ahli bagi mengelakkan ahli yang mengharap sangat bonus RM2 itu selepas sebulan sahaja dia mendaftar. HARAP FAHAM KENYATAAN INI, JANGAN BERLAKU SEBARANG PERSELISIHAN FAHAM LAGI SELEPAS INI. Tak tahu, sila bertanya kepada upline, jika upline tak beritahu, marah dia, jangan marah syarikat sahaja.
  4. Pengumuman terbaharu: Bermula 1hb Julai 2009, setiap ahli yang ingin menukarkan baucer (15%) kepada aset seperti emas, motosikal, barangan elektrik (TV dan sebagainya), kereta dan rumah, selain daripada mestilah mencapai had kelayakan iaitu bonus baucer melebihi RM100 (dikira mengikut kelayakan selama baki bulanan anda yang tinggal sehingga 24bulan itu), pastikanlah anda sudah berjaya memenuhi kehendak Jabatan Pembangunan Insan iaitu memperkenalkan 40 orang promoter sambilan (bukan pengguna bestari). Sesiapa yang belum cukuo 40 ahli promoter di bawahnya, hanya layak menukar barangan IKS sahaja.

TERIMA KASIH



Penafian (disclaimer) : Laman web ini adalah hak milik persendirian dan bukannya website rasmi syarikat Warizan Al Helmy Sdn Bhd (WAHSB) www.warizan.com . Ia hanya bertujuan sebagai tempat rujukan untuk ahli-ahli di dalam WAHSB yang telah berdaftar dengan admin ataupun rangkaian di bawah admin website ini sahaja. Sebarang maklumbalas, sila hubungi admin website seperti yang tertera.

APA ITU HOMEOPATI?

Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan pada awal abad ke-19 oleh seorang doktor Jerman iaitu Dr. Samuel Christian Hahnemann. Perubatan ini sangat popular di Amerika pada akhir abad ke-19, dimana 15% doktor di negara tersebut adalah pengamal dan pakar homeopati.

Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi perubatan moden, homeopati dianggap satu cara perubatan lama dan tidak menarik. Walaubagaimanapun, sejak 1980, homeopati diminati kembali di Amerika dan buku berkenaan homeopati boleh didapati di kebanyakan kedai buku dan juga pengamal homeopati diseluruh negara.

Homeopati boleh didefinisikan sebagai satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa, agen yang menghasilkan simptom tertentu dalam keadaan sihat, turut menyembuhkan simptom tersebut dalam penyakit.

Contohnya penggunaan sinar-X untuk mengubati barah memang sedia termaklum, walaupun diketahui bahawa sinar itu sendiri boleh mengakibatkan barah. Begitulah juga dengan falsafah perubatan secara homeopati ini. Dalam perkataan lain, bahan yang boleh menyebabkan penyakit juga dapat menyembuhkannya.

Selain itu, semakin rendahkepekatan ubat yang diberi, semakin berkesan ubat tersebut. Kebanyakan ubat homeopati disediakan daripada ekstrak tiga sumber, iaitu


i. Daripada tumbuhan
-Lebih daripada ½ ubat homeopati dibuat daripada tumbuhan. Walaubagaimanapun ubat homeopati tidak secara eksklusif berasal daripada tumbuhan dan ia tidak sama dengan ubatan herba.

ii. Daripada haiwan
Bahan ini diambil dari bisa binatang seperti bisa ular, hormon dan lain-lain bahan daripada binatang yang boleh menghasilkan toksikologi atau tindakbalas farmakologi

iii. Daripada bahan Mineral
- Bahan ini termasuk garam asli, bahan kimia dan logam. Contohnya Sodium klorida, emas, dan perak Kesemua bahan ini diproses melalui proses pencairan dan pengoncangan yang dilakukan berperingkat-peringkat dan berulang-ulang kali.

Ubat yang dihasilkan mampu merangsang sistem pertahanan badan seseorang. Selain itu, ubat homeopati tidak menghasilkan apa-apa kesan toksik sampingan dan dapat disimpan untuk masa yang lama.

Dalam kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar,Edisi ke-2, Homeopati didefinisikan sebagai satu jenis perubatan dengan ubat yang (lazimnya dengan sukatan yang sangat kecil) kepada tubuh orang yang sihat yang akan menghasilkan tanda penyakit yang ingin diubati.


TOKOH YANG MEMPERKENALKAN HOMEOPATI

I. Dr. Samuel Christian Hahnemann
Dr. Christian Hahnemann atau lebih dikenali sebagai Dr. Hahnemann dilahirkan pada tahun 1755 dan berbangsa Jerman. Beliau adalah doktor Jerman pertama yang memperkenalkan sains perubatan baru yang diberi nama "Homeopati".

Beliau telah menerbitkan karangannya yang pertama tentang homeopati pada tahun 1796. Dr. Hahnemann meninggal dunia pada tahun 1843 semasa usianya 88 tahun. Pada awal abad yang lepas, Dr. Samuel Hahnemann mendapati bahawa apabila memakan kulit kayu Sinkona, beliau mendapat simptom yang sama seperti penyakit Malaria.

Anehnya, pada ketika itu, Sinkona digunakan untuk mengubati malaria. Oleh sebab berasa takjub akan kejadian itu, Dr. Hahnemann telah memberi dos kecil ubat-ubatan kepada orang yang sihat dan juga dirinya sendiri lalu mencatat segala perubahan yang berlaku. Lama-kelamaan, beliau telah dapat menyenaraikan pelbagai jenis ubat berserta simptom yang dihasilkan dalam manusia normal.

Seterusnya, beliau merawat orang sakit dengan memberi ubat yang sama dengan simptom yang yang dialami oleh pesakit tersebut . Keputusannya sungguh menggalakkan. Bagaimanapun, Dr. Hahnemann kadang kala mendapati seseorang pesakit menjadi lebih teruk apabila diberi dos ubat yang biasa.

Dari itu, beliau telah mencairkan kepekatan ubat-ubatnya dan mendapati bahawa ini menjadikan kebanyakan ubat lebih berkesan dan tidak membawa apa-apa kesan sampingan Sejak itu, banyak doktor telah menguji hasil penemuanDr. Hahnemann dan pada hari ini, lebih daripada 2000 bahan aktif homeopati telah ditemui .


Ii. James Tyler Kent

James Tyler Kent Dilahirkan pada tahun 1849 adalah pengamal perubatan homeopati yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap perubatan homeopati sama seperti Dr. Hahnemann. Dr. Kent semasa hayatnya telah menulis "The Great Repertory", iaitu sebuah buku teks yang lengkap tentang homeopati. Buku tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Memang terdapat buku lain tentang homeopati, tetapi kebanyakan pakar menggunakan teks yang ditulis oleh Dr. Kent. Kebanyakan pengamal homeopati sekarang menggunakan kaedah yang sama yang digunakan oleh Dr. Kent, iaitu dengan pengambilan satu dos ubat yang berjumlah dari 30c hingga 10m, dan kemudian menunggu sehingga ubat tersebut selesai bertindak balas sebelum memberi dos yang seterusnya kepada pesakit .

Walaubagaimanapun, Dr. Kent kemudiannya menggunakan kaedah yang dipakai oleh Dr. Hahnemann. Dimana pemberian ubat kepada pesakit dimulakan dengan pemberian dos yang sedikit jumlah sukatannya. Kemudian Menambah sukatan tersebut, dimana untuk setiap tambahan, ditambah tiga kali daripada sukatan asal. Contohnya 6,9,12 dan seterusnya.. Ubat tersebut dimakan setiap hari oleh pesakit.


CARA RAWATAN

Perkara pertama yang diambil kira dalam rawatan homeopati ialah sejarah terperinci pesakit. Setelah itu simptom penyakit diteliti. Ini kerana, setiap ubat ialah spesifik untuk sejenis penyakit dan juga pesakit.

Misalnya, sakit kepala sahaja boleh terjadi di beberapa bahagian kepala yang berlainan; jadi sudah pasti tidak boleh diberi satu jenis ubat yang sama.(Repertory Of The Homeopathic Materia Medica2). Tiada pengitlakan3 dalam homeopati seperti mana perubatan moden. Inilah yang membezakan homeopati daripada perubatan biasa. Ujian yang sama seperti yang digunakan oleh ahli perubatan lain digunakan semasa membuat diagnosis.

Kadang-kala, dalam menentukan simptom, ahli homeopati harus memilih simptom yang paling menonjol atau ganjil. Setelah diagnosis ditentukan, dos efektif yang rendah akan diberi kepad pesakit dan keberkesanan ubat akan ditentukan. Biasanya ubat homeopati akan diberi sekali sahaja kepada pesakit, dan kemudiannya ia kan bertindak balas sendiri dalam jangka masa yang panjang.

BAGAIMANA UBAT BERTINDAK
Prinsip yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur dan dos minimum. Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan moden. Perubatan moden berasaskan penyakit perlu ditentang, yakin apabila seseorang itu sakit, ia mesti diberi ubat untuk melawan sakit tersebut.

Ubat yang kuat diberi untuk menghalang laluan semulajadi tubuh ataupun melawan kuman yang hadir secara langsung. Homeopati pula mengutamakan sistem pertahanan semulajadi badan. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan. Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk ‘membuang’ penyakit.


Jika simptom ini disekat, tubuh tidak dapat menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Selain itu, sekatan yang berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak dapat mengatasi penyakit tanpa ‘campur tangan’ luaran. Dengan homeopati, bahan yang mencetuskan simptom yang sama seperti penyakit yang dihadapi akan merangsang sistem perlawanan penyakit dalam badan dan seterusnya proses pemulihan.
Inilah prinsip yang digunakan dan proses imunisasi dan ini diterima oleh doktor perubatan moden. Ubat homeopati akan meningkatkan antibodi badan yang menjadi rendah semasa sakit. Ia bertindak sebagai peneutral yang akan menghilangkan penyakit. Jika ubat yang kurang tepat diberi, pesakit akan sembuh tetapi mungkin memakan masa atau pun penyakit itu akan berulang pada masa lain.

Namun, jika ubat itu tepat, pemulihan sepenuhnya akan didapati dalam masa yang singkat. Penyakit itu pula tidak akan berulang. Di sinilah ahli homeopati itu perlu kemahiran yang tinggi. Semasa ubat disediakan, ahli homeopati akan mencairkannya secara bersiri dengan pepejal(biasanya laktosa) atau cecair(biasanya etanol).

Jika pepejal digunakan, ubat akan dihancurkan untuk membentuk campuran dngan pencair tersebut. Proses ini disebut pentrituratan. Jikalau ubat itu boleh dilarutkan, ia akan digoncang dengan kuat bersama etnol. Proses ini disebut goncangan dan larutan dinamakan potencies. Apabila proses pencairan(pentrituratan atau goncangan) dilakukan berulang kali, sudah tentu akan tiba masanya apabila hanya terlalu sedikit molekul ubat yang tinggal.

Jika diteliti Hukum Avogadro yang menyatakan satu mol bahan mengandungi 6.02 x1023 molekul, Kita dapat merumuskan setelah 1024 pencairan, tidak akan ada lagi molekul ubat yang tinggal dalam larutan tersebut.

Namun, kajian menunjukkan bahawa larutan tersebut masih mempunyai maklumat bahan asal tetapi dalam bentuk ‘tenaga’. Semakin cair larutan, semakin bertambah tenaganya. Ahli homeopati menerangkan bahawa bahan sebenar itu telah meninggalkan kesan kepada molekul pelarut. Kesimpulannya, ubat homeopati yang diberi kepada pesakit mengandungi kepekatan ubat yang rendah tetapi tenaga dalaman yang tinggi. Tenaga inilah yang merangsang pelbagai sistem bioenergetik tubuh. Walaubagaimanapun, oleh sebab tiada terdapat kajian saintifik yang dapat membuktikan fenomena ini, banyak doktor tidak dapat menerima teori ini.

BUKTI KEBERKESANAN HOMEOPATI

Homeopati mempunyai 200 tahun pengalaman dalam mengawal penyakit. Ia pertama kali tersebar luas di pengetahuan umum Apabila homeopati berjaya mengawal wabak taun pada abad ke-19 yang lalu. Semasa kemunculan wabak selesema selepas perang dunia pertama, hospital homeopati mencatatkan jumlah kematian yang rendah, sebaliknya hospital yang menggunakan perubatan biasa mencatatkan kematian antara 20% hingga 30% .

Tiga meta-analisis perubatan klinikal berkenaan homeopati telah dijalankan pada akhir dekad yang lalu dan kesemuanya menyimpulkan bahawa homeopati adalah satu perubatan yang berkesan. Kajian terbaru telah dijalankan pada 20 sepetember 1997 berkenaan dengan isu pisau tajam bermata dua yang digunakan oleh doktor bedah(lancet).

Kajian ini dipimpin oleh Dr. Wayne Jonas dan Dr. Klaus Linde. Mereka menyatakan bila 89 bukti kajian keatas homeopati dikumpul untuk menilai qualitinya, didapati homeopati 2.45 kali lebih berkesan daripada ubat plasebo4.

Satu lagi kajian telah dijalankan pada tahun 1996 oleh Kumpulan Pengkaji Perubatan Homeopati yang dibentuk oleh Persatuan Eropah untuk menentukan keberkesanan homeopati. Kajian ini telah mengumpul kajian daripada 17 ujian klinikal yang melibatkan 2001 pesakit.

Hasilnya didapati homeopati lebih berkesan berbanding plasebo, dan kemungkinan 0.027% daripada keputusan ini wajar diubah. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak dinyatakan dalam jurnal perubatan. Jadi ia tidak dapat diperolehi dengan dengan mudah. Meta-analisis ke tiga telah dijalankan pada 9 Februari 1991 berkenaan tentang Jurnal Perubatan British. Ia dijalankan oleh dua orang pengkaji dari Belanda yang ingin menilai kemujaraban pelbagai perubatan alternatif lain.

Walaupun mereka adalah orang yang sentiasa mencurigai homeopati dan perubatan alternatif lain amnya. Namun mereka telah melapurkan bahawa"Jumlah keputusan yang positif yang dijalankan sungguh memeranjatkan mereka" dan "Bukti yang diperolehi daripada kajian ini memadai untuk membuktikan homeopati sebagai satu rawatan yang tersusun, selamat dan berkesan untuk sesetengah penyakit".


KESIMPULAN

Homeopati boleh digunakan untuk kebanyakan penyakit berbalik dan jangkitan akut, tetapi tidak untuk penyakit yang memerlukan pembedahan dan pembetulan. Contohnya, homeopati tidak dapat mengubati hernia. Pada awalnya, rawatan mungkin mengakibatkan simptom yang bertambahan atau kemunculan simptom baru yang sebelum pemulihan bermula. Terdapat juga doktor perubatan yang beranggapan bahawa semua kebaikan homeopati lahir daripada kesan plasebo, iaitu rawatan menjadi mujarab hanya kerana pesakit mempunyai kepercayaan penuh terhadapnya’ bukan kerana kesan ubat itu sendiri. Walaupun begitu, terdapat percubaan yang saintifik yang menunjukkan bahawa kebaikan homeopati ini adalah jauh lebih baik berbanding kesan plasebo sahaja. Namun penemuan ini menerima banyak bangkangan daripada pelbagai pihak. Penyelidikan yang terhad juga merupakan masalah besar untuk mendapat jawapan pasti tentang perubatan ini,kerana terdapat banyak lagi perubatan alternatif yang dan masing-masing mempunyai kebenaran tersendiri.

Sumber dipetik daripada
http://pkukmweb.ukm.my/

VIDEO MARKETING PLAN DI BAWAH SEKALI! JOM!!


Video yang dinantikan telah tiba - Pelan Pemasaran WAHSB:
A very special thanks to norra & atoi1959 http://www.youtube.com/atoy1959
for this video on youtube. You can watch it on



Itu sahaja buat kali ni ye sahabat2 ku semua. Semoga apa yang diperkongsikan dapatlah dipergunakan bersama-sama di dalam membina perniagaan ini terutamanya bagi grup ini khususnya termasuklah Centre di Sabah, para Group Leaders & Promoters di seluruh Malaysia yang bersama Warizan88 ini dan juga grup-grup Warizan Al Helmy lain yang sudah pasti hebat amnya.

TESTIMONI PRODUK WARIZAN AL HELMY (updated concurrently)

Dalam ruangan testimoni produk ini, saya akan berkongsi dengan anda apa yang telah dikongsikan kepada saya oleh mereka yang telah mengalami dan menggunakan sendiri produk warizan.

Sila maklumkan bahawa ruangan ini sebenarnya baru bemula pada pertengahan Jun 2009, jadi saya hanya akan menyertakan testimoni yang terbaru sahaja, mungkin sedikit pada mulanya, namun ruangan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sebaik sahaja saya mendapat maklumat baharu.

Anda juga dialu-alukan memberikan komen & maklumbalas anda sendiri setelah menggunakan produk2 syarikat ini dengan memberikan komen anda di sini atau melalui e-mel di warizan88@gmail.com mahupun di talian 019-3555871.


Testimoni 1:

Nama: Puan Su, Kuala Terengganu (019-9124303)

Memang saya nak beli lagi lah produk bedak berubat zanita ni. Betul-betul menjadilah untuk kayap! Saya pakai kat anak saya baru 2 kali dah nampak kesannya. Alhamdulillah, beliau tidak lagi gelisah disebabkan kesakitan seperti selalu.