Tuesday, April 7, 2009

APA ITU HOMEOPATI?

Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan pada awal abad ke-19 oleh seorang doktor Jerman iaitu Dr. Samuel Christian Hahnemann. Perubatan ini sangat popular di Amerika pada akhir abad ke-19, dimana 15% doktor di negara tersebut adalah pengamal dan pakar homeopati.

Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi perubatan moden, homeopati dianggap satu cara perubatan lama dan tidak menarik. Walaubagaimanapun, sejak 1980, homeopati diminati kembali di Amerika dan buku berkenaan homeopati boleh didapati di kebanyakan kedai buku dan juga pengamal homeopati diseluruh negara.

Homeopati boleh didefinisikan sebagai satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa, agen yang menghasilkan simptom tertentu dalam keadaan sihat, turut menyembuhkan simptom tersebut dalam penyakit.

Contohnya penggunaan sinar-X untuk mengubati barah memang sedia termaklum, walaupun diketahui bahawa sinar itu sendiri boleh mengakibatkan barah. Begitulah juga dengan falsafah perubatan secara homeopati ini. Dalam perkataan lain, bahan yang boleh menyebabkan penyakit juga dapat menyembuhkannya.

Selain itu, semakin rendahkepekatan ubat yang diberi, semakin berkesan ubat tersebut. Kebanyakan ubat homeopati disediakan daripada ekstrak tiga sumber, iaitu


i. Daripada tumbuhan
-Lebih daripada ½ ubat homeopati dibuat daripada tumbuhan. Walaubagaimanapun ubat homeopati tidak secara eksklusif berasal daripada tumbuhan dan ia tidak sama dengan ubatan herba.

ii. Daripada haiwan
Bahan ini diambil dari bisa binatang seperti bisa ular, hormon dan lain-lain bahan daripada binatang yang boleh menghasilkan toksikologi atau tindakbalas farmakologi

iii. Daripada bahan Mineral
- Bahan ini termasuk garam asli, bahan kimia dan logam. Contohnya Sodium klorida, emas, dan perak Kesemua bahan ini diproses melalui proses pencairan dan pengoncangan yang dilakukan berperingkat-peringkat dan berulang-ulang kali.

Ubat yang dihasilkan mampu merangsang sistem pertahanan badan seseorang. Selain itu, ubat homeopati tidak menghasilkan apa-apa kesan toksik sampingan dan dapat disimpan untuk masa yang lama.

Dalam kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar,Edisi ke-2, Homeopati didefinisikan sebagai satu jenis perubatan dengan ubat yang (lazimnya dengan sukatan yang sangat kecil) kepada tubuh orang yang sihat yang akan menghasilkan tanda penyakit yang ingin diubati.


TOKOH YANG MEMPERKENALKAN HOMEOPATI

I. Dr. Samuel Christian Hahnemann
Dr. Christian Hahnemann atau lebih dikenali sebagai Dr. Hahnemann dilahirkan pada tahun 1755 dan berbangsa Jerman. Beliau adalah doktor Jerman pertama yang memperkenalkan sains perubatan baru yang diberi nama "Homeopati".

Beliau telah menerbitkan karangannya yang pertama tentang homeopati pada tahun 1796. Dr. Hahnemann meninggal dunia pada tahun 1843 semasa usianya 88 tahun. Pada awal abad yang lepas, Dr. Samuel Hahnemann mendapati bahawa apabila memakan kulit kayu Sinkona, beliau mendapat simptom yang sama seperti penyakit Malaria.

Anehnya, pada ketika itu, Sinkona digunakan untuk mengubati malaria. Oleh sebab berasa takjub akan kejadian itu, Dr. Hahnemann telah memberi dos kecil ubat-ubatan kepada orang yang sihat dan juga dirinya sendiri lalu mencatat segala perubahan yang berlaku. Lama-kelamaan, beliau telah dapat menyenaraikan pelbagai jenis ubat berserta simptom yang dihasilkan dalam manusia normal.

Seterusnya, beliau merawat orang sakit dengan memberi ubat yang sama dengan simptom yang yang dialami oleh pesakit tersebut . Keputusannya sungguh menggalakkan. Bagaimanapun, Dr. Hahnemann kadang kala mendapati seseorang pesakit menjadi lebih teruk apabila diberi dos ubat yang biasa.

Dari itu, beliau telah mencairkan kepekatan ubat-ubatnya dan mendapati bahawa ini menjadikan kebanyakan ubat lebih berkesan dan tidak membawa apa-apa kesan sampingan Sejak itu, banyak doktor telah menguji hasil penemuanDr. Hahnemann dan pada hari ini, lebih daripada 2000 bahan aktif homeopati telah ditemui .


Ii. James Tyler Kent

James Tyler Kent Dilahirkan pada tahun 1849 adalah pengamal perubatan homeopati yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap perubatan homeopati sama seperti Dr. Hahnemann. Dr. Kent semasa hayatnya telah menulis "The Great Repertory", iaitu sebuah buku teks yang lengkap tentang homeopati. Buku tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Memang terdapat buku lain tentang homeopati, tetapi kebanyakan pakar menggunakan teks yang ditulis oleh Dr. Kent. Kebanyakan pengamal homeopati sekarang menggunakan kaedah yang sama yang digunakan oleh Dr. Kent, iaitu dengan pengambilan satu dos ubat yang berjumlah dari 30c hingga 10m, dan kemudian menunggu sehingga ubat tersebut selesai bertindak balas sebelum memberi dos yang seterusnya kepada pesakit .

Walaubagaimanapun, Dr. Kent kemudiannya menggunakan kaedah yang dipakai oleh Dr. Hahnemann. Dimana pemberian ubat kepada pesakit dimulakan dengan pemberian dos yang sedikit jumlah sukatannya. Kemudian Menambah sukatan tersebut, dimana untuk setiap tambahan, ditambah tiga kali daripada sukatan asal. Contohnya 6,9,12 dan seterusnya.. Ubat tersebut dimakan setiap hari oleh pesakit.


CARA RAWATAN

Perkara pertama yang diambil kira dalam rawatan homeopati ialah sejarah terperinci pesakit. Setelah itu simptom penyakit diteliti. Ini kerana, setiap ubat ialah spesifik untuk sejenis penyakit dan juga pesakit.

Misalnya, sakit kepala sahaja boleh terjadi di beberapa bahagian kepala yang berlainan; jadi sudah pasti tidak boleh diberi satu jenis ubat yang sama.(Repertory Of The Homeopathic Materia Medica2). Tiada pengitlakan3 dalam homeopati seperti mana perubatan moden. Inilah yang membezakan homeopati daripada perubatan biasa. Ujian yang sama seperti yang digunakan oleh ahli perubatan lain digunakan semasa membuat diagnosis.

Kadang-kala, dalam menentukan simptom, ahli homeopati harus memilih simptom yang paling menonjol atau ganjil. Setelah diagnosis ditentukan, dos efektif yang rendah akan diberi kepad pesakit dan keberkesanan ubat akan ditentukan. Biasanya ubat homeopati akan diberi sekali sahaja kepada pesakit, dan kemudiannya ia kan bertindak balas sendiri dalam jangka masa yang panjang.

BAGAIMANA UBAT BERTINDAK
Prinsip yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur dan dos minimum. Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan moden. Perubatan moden berasaskan penyakit perlu ditentang, yakin apabila seseorang itu sakit, ia mesti diberi ubat untuk melawan sakit tersebut.

Ubat yang kuat diberi untuk menghalang laluan semulajadi tubuh ataupun melawan kuman yang hadir secara langsung. Homeopati pula mengutamakan sistem pertahanan semulajadi badan. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan. Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk ‘membuang’ penyakit.


Jika simptom ini disekat, tubuh tidak dapat menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Selain itu, sekatan yang berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak dapat mengatasi penyakit tanpa ‘campur tangan’ luaran. Dengan homeopati, bahan yang mencetuskan simptom yang sama seperti penyakit yang dihadapi akan merangsang sistem perlawanan penyakit dalam badan dan seterusnya proses pemulihan.
Inilah prinsip yang digunakan dan proses imunisasi dan ini diterima oleh doktor perubatan moden. Ubat homeopati akan meningkatkan antibodi badan yang menjadi rendah semasa sakit. Ia bertindak sebagai peneutral yang akan menghilangkan penyakit. Jika ubat yang kurang tepat diberi, pesakit akan sembuh tetapi mungkin memakan masa atau pun penyakit itu akan berulang pada masa lain.

Namun, jika ubat itu tepat, pemulihan sepenuhnya akan didapati dalam masa yang singkat. Penyakit itu pula tidak akan berulang. Di sinilah ahli homeopati itu perlu kemahiran yang tinggi. Semasa ubat disediakan, ahli homeopati akan mencairkannya secara bersiri dengan pepejal(biasanya laktosa) atau cecair(biasanya etanol).

Jika pepejal digunakan, ubat akan dihancurkan untuk membentuk campuran dngan pencair tersebut. Proses ini disebut pentrituratan. Jikalau ubat itu boleh dilarutkan, ia akan digoncang dengan kuat bersama etnol. Proses ini disebut goncangan dan larutan dinamakan potencies. Apabila proses pencairan(pentrituratan atau goncangan) dilakukan berulang kali, sudah tentu akan tiba masanya apabila hanya terlalu sedikit molekul ubat yang tinggal.

Jika diteliti Hukum Avogadro yang menyatakan satu mol bahan mengandungi 6.02 x1023 molekul, Kita dapat merumuskan setelah 1024 pencairan, tidak akan ada lagi molekul ubat yang tinggal dalam larutan tersebut.

Namun, kajian menunjukkan bahawa larutan tersebut masih mempunyai maklumat bahan asal tetapi dalam bentuk ‘tenaga’. Semakin cair larutan, semakin bertambah tenaganya. Ahli homeopati menerangkan bahawa bahan sebenar itu telah meninggalkan kesan kepada molekul pelarut. Kesimpulannya, ubat homeopati yang diberi kepada pesakit mengandungi kepekatan ubat yang rendah tetapi tenaga dalaman yang tinggi. Tenaga inilah yang merangsang pelbagai sistem bioenergetik tubuh. Walaubagaimanapun, oleh sebab tiada terdapat kajian saintifik yang dapat membuktikan fenomena ini, banyak doktor tidak dapat menerima teori ini.

BUKTI KEBERKESANAN HOMEOPATI

Homeopati mempunyai 200 tahun pengalaman dalam mengawal penyakit. Ia pertama kali tersebar luas di pengetahuan umum Apabila homeopati berjaya mengawal wabak taun pada abad ke-19 yang lalu. Semasa kemunculan wabak selesema selepas perang dunia pertama, hospital homeopati mencatatkan jumlah kematian yang rendah, sebaliknya hospital yang menggunakan perubatan biasa mencatatkan kematian antara 20% hingga 30% .

Tiga meta-analisis perubatan klinikal berkenaan homeopati telah dijalankan pada akhir dekad yang lalu dan kesemuanya menyimpulkan bahawa homeopati adalah satu perubatan yang berkesan. Kajian terbaru telah dijalankan pada 20 sepetember 1997 berkenaan dengan isu pisau tajam bermata dua yang digunakan oleh doktor bedah(lancet).

Kajian ini dipimpin oleh Dr. Wayne Jonas dan Dr. Klaus Linde. Mereka menyatakan bila 89 bukti kajian keatas homeopati dikumpul untuk menilai qualitinya, didapati homeopati 2.45 kali lebih berkesan daripada ubat plasebo4.

Satu lagi kajian telah dijalankan pada tahun 1996 oleh Kumpulan Pengkaji Perubatan Homeopati yang dibentuk oleh Persatuan Eropah untuk menentukan keberkesanan homeopati. Kajian ini telah mengumpul kajian daripada 17 ujian klinikal yang melibatkan 2001 pesakit.

Hasilnya didapati homeopati lebih berkesan berbanding plasebo, dan kemungkinan 0.027% daripada keputusan ini wajar diubah. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak dinyatakan dalam jurnal perubatan. Jadi ia tidak dapat diperolehi dengan dengan mudah. Meta-analisis ke tiga telah dijalankan pada 9 Februari 1991 berkenaan tentang Jurnal Perubatan British. Ia dijalankan oleh dua orang pengkaji dari Belanda yang ingin menilai kemujaraban pelbagai perubatan alternatif lain.

Walaupun mereka adalah orang yang sentiasa mencurigai homeopati dan perubatan alternatif lain amnya. Namun mereka telah melapurkan bahawa"Jumlah keputusan yang positif yang dijalankan sungguh memeranjatkan mereka" dan "Bukti yang diperolehi daripada kajian ini memadai untuk membuktikan homeopati sebagai satu rawatan yang tersusun, selamat dan berkesan untuk sesetengah penyakit".


KESIMPULAN

Homeopati boleh digunakan untuk kebanyakan penyakit berbalik dan jangkitan akut, tetapi tidak untuk penyakit yang memerlukan pembedahan dan pembetulan. Contohnya, homeopati tidak dapat mengubati hernia. Pada awalnya, rawatan mungkin mengakibatkan simptom yang bertambahan atau kemunculan simptom baru yang sebelum pemulihan bermula. Terdapat juga doktor perubatan yang beranggapan bahawa semua kebaikan homeopati lahir daripada kesan plasebo, iaitu rawatan menjadi mujarab hanya kerana pesakit mempunyai kepercayaan penuh terhadapnya’ bukan kerana kesan ubat itu sendiri. Walaupun begitu, terdapat percubaan yang saintifik yang menunjukkan bahawa kebaikan homeopati ini adalah jauh lebih baik berbanding kesan plasebo sahaja. Namun penemuan ini menerima banyak bangkangan daripada pelbagai pihak. Penyelidikan yang terhad juga merupakan masalah besar untuk mendapat jawapan pasti tentang perubatan ini,kerana terdapat banyak lagi perubatan alternatif yang dan masing-masing mempunyai kebenaran tersendiri.

Sumber dipetik daripada
http://pkukmweb.ukm.my/

No comments:

Post a Comment